Tuesday, May 25, 2021

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN (LIM WAN YI)

Pengenalan

Pengurusan disiplin merupakan alat untuk mempertahankan hak individu yang hidup dalam kalangan masyarakat. Disiplin merupakan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-2 (1984), "disiplin" bermaksud peraturan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 (2007), "tingkah laku" bermaksud kelakuan atau gerak-gerik.  Tingkah laku merupakan satu perbuatan yang dilakuan oleh manusia.

1. Mencatat kehadiran pelajar dalam buku rekod

  • Membantu guru untuk mengesan murid yang ada masalah kehadiran atau kelewatan dan membantu guru memperoleh trend kehadiran muridnya.
  • Memaklumkan kepada guru bilangan murid di dalam kelas dan jika ada murid yang berpindah keluar atau masuk ataupun murid tercicir daripada kelas tersebut.
2. Menggunakan kad kebenaran keluar kelas 

  • Membantu guru untuk mengawal pergerakan murid ketika PdPc dijalankan.
  • Murid perlu dikehendaki memakai kad kebenaran sepanjang berada di luar kelas sehingga kembali semula ke kelas.
  • Murid yang berada di luar tanpa memakai kad kebenaran akan dikesa dan disiasat serta diberi hukuman.
3. Bekerjasama dengan pihak Pegawai Perhubungan Sekolah
  • Penganjuran pelbagai program berkaitan pencegahan jenayah serta kesannya terhadap golongan pelajar perlulah dijalankan dari semasa ke semasa supaya pelajar dapat mengawal disiplin mereka dengan baik.
4. Membentuk strategi pengurusan disiplin yang berkesan
  • Pengurusan bilik darjah yang baik selari dengan disiplin pelajar
  • Pendidik dari permulaan hingga yang berpengalaman perlu secara konsisten mempraktikkan pergurusan bilik darjah yang baik untuk mengurangkan masalah tingkah laku pelajar.
  • Untuk mencapai pergurusan bilik darjah yang baik, pendidik perlu mempergaruhi kualiti hubungan guru dengan pelajar dan bagaimana hubungan itu mempengaruhi reka bentuk pengurusan bilik darjah.
5.Memberi bimbingan kaunseling
  • Bimbingan kaunseling merupakan khidmat nasihat yang berasaskan teori-teori yang mampu memanipulasi dan mengubah gaya pemikiran seseorang.
  • Membantu pelajar memahami lebih lanjut mengenai diri sendiri, memberi sokongan kepada pelajar untuk mengurangkan bebanan masalah dan mengemukakan cadangan dan berbincang dengan pelajar sebelum sesuatu tindakan atau keputusan diambil.
Penutup

Kesimpulannya, masalah tingkah laku dan disiplin akan berterusan, jika langkah-langkah yang dinyatakan tidak dijalankan oleh pihak sekolah.

Rujukan

1.   Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusaka.
2.  Kamus Dewan Edisi Ke-2, 1984. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusaka.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN (LIM WAN YI)

Pengenalan Pengurusan disiplin merupakan alat untuk mempertahankan hak individu yang hidup dalam kalangan masyarakat. Disiplin merupakan per...